Cara Mengendalikan dan Melaraskan Tahap
Vakum
1 Buka gulungan Tiub Pesakit (periksa bahawa tiada pintalan
yang akan menghalang aliran).
2 "HIDUPKAN" unit dengan menekan butang HIDUP/
MATI.
3 Sekat Tiub Pesakit.
3
4 Tetapkan tahap vakum sedutan yang dikehendaki dengan
memutar Pengatur Vakum.
•
Putar ikut arah jam (+) untuk meningkatkan vakum
•
Putar lawan arah jam untuk mengurangkan vakum
5 Tahap vakum akan dipaparkan pada Skala Tetapan Tahap
Sedutan.
6 Setelah mencapai tahap vakum yang dikehendaki; nyahsekat
tiub pesakit dengan segera.
Amaran
Jangan sekat tiub pesakit berulang kali selama lebih
daripada 10 saat pada satu-satu masa pada tahap vakum
yang melebihi 300 mmHg.
7 Gunakan terapi sedutan yang diperlukan. Gunakan kateter
sedutan yang bersesuaian (tidak dibekalkan oleh Laerdal).
Amaran
Semasa rawatan pesakit, jangan sumbat atau sekat tiub
pesakit dengan membengkokkan atau memicitnya secara
sengaja. Tiub pesakit boleh tersumbat buat sementara
waktu sahaja oleh jirim penyedutan.
Perhatian
Jika LCSU 4 tidak mengekalkan tahap prestasi sedutan
yang dikehendaki, rujuk arahan Penyelesaian Masalah
(lihat Bab 7).
4
Selepas Setiap Penggunaan
1 Selepas melakukan penyedutan, biarkan LCSU 4 berjalan
seketika bagi membolehkan semua bahan yang disedut
untuk mengalir dari Tiub Pesakit ke dalam Kanister.
2 Bagi mencegah tumpahan, sambungkan Tiub Pesakit pada
Penyambung Antitumpahan.
2
3 Tanggalkan dan lupuskan Kanister dan Tiub Pesakit.
Hubungi pihak berkuasa setempat untuk menentukan
kaedah pelupusan yang betul untuk kanister dan tiub pesakit
yang telah tercemar.
4 Bersihkan bahagian luaran dan mana-mana bahagian
pemasangan LCSU 4 yang boleh digunakan semula
menurut arahan (lihat Bab 6).
5 Lakukan Ujian Peranti (lihat Bab 6).
6 Biarkan Bateri dalam keadaan mengecas (lihat Bab 5).
4 Arahan Pengguna
191